Sunday, November 14, 2010

SELAMAT BERJUANG.....

Salam..dh lama x update blog ni...lgpn x tahu nk jual n bisnes apa...tgh mencari idea2 untuk menjual produk baru..tp x apa...maybe akan dtg idea2 tu pada masa2 akan dtg...

Apa2 kt sini mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha..raya korban org kampung panggil..kepada pelajar smvbp yang bakal menghadapi spm...jgn lupa study elok2..jgn buang masa dgn merempit x tentu hala lps tu ambik nyawa org lain yg x berdosa...disini sy sertakan tips2 bg koarg semua menghadapi saat2 terakhir perjuangan koarang

1. Mohon restu ibu bapa...mintak halalkan makan dan minum..mintak ibu bapa doakan setiap kali koarg exam...
2.Mohon maaf pada guru2 yg koarg pernah kutuk2..
3.Buat Latih tubi secara bertubi-tubi..
4.Ulangkaji berulang-ulang kali..
5.Jangan sengan n berlagak pandai..g jumpa cigu kalo x tahu apa2..
6.Jangan lupa solat 5 waktu..mintak doa pada Allah..
7.Doa tu sungguh2 la...ni x ..doa mata siap tgk sana sini..tangan angkat doa pn mcm x semangat aje..kita kena ingat..kita hamba Allah..wt la mcm cr hamba..
8.Makan makanan yg berkhasiat..cr makanan tambahan untuk bdn sihat..Bcomplex ke..vitamin ke..
9.Wt solat hajat selalu..qiamualai..
10.Jasa kesihatan anda terutama menjelang exam..esok nk exam x pyh la nk tdo lmbt...kalo nk tdo lmbt 2 hari sebelum exam okla,.tp study..bukan dok sms dgn pakwe or makwe...
11. Tido awal...jgn lmbt sgt tdo...kol 12 tdo la..eloknya sebelum tdo p wt solat sunat hajat ke..tahajud ke..
12.Jaga penglihatan, Pendengaran anda..tgk tv tu pn berpada2 la...kalo ada gmbr2 lucah2 x pyh la tgk..wt tmbh dosa aje..
13.Jgn sakitkan hati org sekeliling kita,..kalo boleh biar diorgkan doakan baik2 utk kita..
14.Sentiasa dalam keadaan tenang...jgn asyik tension aje..jp tension dgn family..dgn pakwe or makwe la..dgn kwn2 la..kalo boleh sentiasa gembira...
15.Yakin dengan diri...sentiasa yakin dgn diri sendiri..ingat la...org kalo kita susah..org akan tinggalkan kita...tp bila kita senang..kita kuat..org akan sentiasa dgn kita..so kita kena kuat..yakin apa yg kita sudah usahakan..tawakal n berserah pada Allah setelah berusaha bersungguh2...

tu antara tips2 sy sempat sy tulis...ni berdasarkan pengalaman sy la semasa belajar..sy doakan anda semua berjaya dalam spm 2010..gd luck..wt yg terbaik..

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

Saturday, September 4, 2010

HARGA TERBARU


 Promosi Hebat,,Harga Merudum Menjelang Hari Raya
Dapatkan di kedaibanyakmurah
dengan harga terbaru Rm23.00
termasuk kos pos

Wednesday, September 1, 2010

Jihad - Satu Cabang Perniagaan


PDF Cetak Emel
Image
Selepas tragedi 11/9, masyarakat Islam yang semakin tertekan di sarankan untuk terus mengutamakan jihad.  Namun kali ini, jihad yang dianjurkan ialah dalam usaha untuk  memperkukuhkan ekonomi dunia Islam.Mengikut Tan Sri Muhammmad Ali Hashim (gambar), Ketua Eksekutif, Johor Corporation, sebab-sebab utama  masyarakat Islam perlu berbuat demikian adalah kerana kita:-
 
1. Mudah ditewaskan dalam perang jihad kerana kekurangan senjata.
Oleh  itu, umat Islam tidak mempunyai pilihan lain untuk menentukan kewujudan  umat sejagat.
2. Perlu membina semula kekuatan dan menghimpun kekayaan
Secara umumnya, umat Islam hidup dalam kemiskinan dan mereka jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi. Masyarakat Islam juga dianggap  sebagai "totalitarian", "tidak boleh bertolak ansur" dan "mundur" oleh masyarakat lain. Ini menyebabkan mereka menggelar negara Islam sebagai negara yang gagal.

3. Medan perang Abad 21 adalah  dalam dunia perniagaan dan korporat
Sistem ekonomi abad 21 yang berorientasikan sistem ekonomi kapitalis  menyaksikan organisasi-organisasi korporat berperanan dominan dalam bidang ekonomi. Pemusatan kuasa ekonomi global pada 'multi national corporation' (MNCs) barat mengancam penjajahan semula sesebuah negara yang turut memberi kesan kepada nilai hidup dan budaya setempat 
Mengikut kajian oleh UNDP ( Human Development Report 1999), nilai harta milik tiga jutawan terkaya di dunia melebihi jumlah himpunan KDNK semua negara membangun di dunia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 600 juta.

Oleh itu Tan Sri Ali menyarankan agar  kita bersedia menangkis ancaman kapitalisme dengan menjauhi sindrom "katak dalam air panas", satu sifat dimana seseorang itu  akan gagal atau tewas dalam keselesaannya sendiri setelah berkhayal dan hilang pedoman dan pegangan hidup. Malah menurut beliau lagi, sistem global kapitalis tanpa sempadan adalah sesuatu yang buas dan liar, walaupun begitu, dunia terpaksa menerima kewujudannya.  
Menurut Tan Sri Ali lagi, kelemahan ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam amnya menyebabkan mereka mudah saja ditewaskan dan diketepikan di arena politik antarabangsa dan juga arena-arena lain. Oleh itu beliau menyarankan agar  kita memperjuangkan perniagaan sebagai satu cabang jihad dan meletakkan perjuangan bisnes sebagai perkara utama dalam agenda ekonomi Islam Hadhari. Peranan kepimpinan dalam perjuangan jihad ini, tegas beliau, perlu melibatkan semua lapisan usahawan, sama ada awam mahu pun swasta, dan wajib di pikul oleh semua ahli korporat Muslim.
Menyentuh tentang aset dan harta milik individu dan keluarga Melayu, beliau berkata bahawa kedudukannya amat rapuh.  Kerapuhan disebabkan oleh kelemahan peribadi usahawan, fenomena pusaka 'sekangkang kera" dan fenomena “3 generasi”, di mana pegangan hakmilik bisnes keluarga selalunya tidak dapat bertahan lebih dari generasi ketiga pewarisnya. Sebagai contoh, 95 % dari perniagaan di negara Timur Tengah dikendali oleh pihak keluarga. Walaupun ianya menguntungkan, hanya 6% yang bertahan ke generasi ketiga dengan hanya  2% sahaja mampu bertahan ke generasi yang berikutnya.
Menurut beliau, jalan keluar utama  umat Islam memperjuangkan jihad bisnes ialah pertama, dengan menjana kekayaan dan menjadi pemegang utama kuasa ekonomi.  Langkah kedua melibatkan umat menginstitusikan hakmilik dan membina korporat gergasi Muslim yang diurus secara korporat, tetapi kepentingan majoriti hakmiliknya tidak terserah kepada individu atau keluarga kelompok kecil.  Malahan Tan Sri Ali menyarankan supaya umat Islam menilai konsep institusi waqaf korporat sebagai satu pilihan.
Beliau juga menyeru umat Islam supaya memperjuangkan nilai Islam dalam perniagaan  dengan membina sistem ekonomi yang secucuk dengan jiwa Melayu dan melihat umat Islam sebagai "ketam" yang disifatkan oleh musuhnya sebagai ‘berjalan tidak betul’. Cara Melayu berniaga, menurut beliau, perlu diubah-suai supaya secucuk dengan jiwa ‘ketam’ yang sebenarnya adalah berjalan dengan cara yang betul, iaitu di atas landasan Islam yang tidak mementingkan kepentingan individu di atas kepentingan masyarakat ramai. Dengan demikian, sistem perniagaan persaingan berlandaskan Islam perlu, antara lainnya, mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
  •  Kekuatan kita terletak pada budaya ‘fastabiqul khairat’, atau 'berlumba-lumba untuk berbuat baik" 
  • ‘Barakah’ dari pegangan bahawa harta kekayaan adalah milik mutlak Allah SAW. 
  • Kekebalan yang terdapat pada sikap bekerja/berjihad dan bukan untuk peribadi
  • Kekuasaan perjuangan sebagai ‘khalifah’ bertujuan mentamadunkan dunia untuk manusia sejagat
Menurut beliau lagi, cara ketam 'menjalankan' perniagaan harus berbeza dengan cara makhluk lain seperti ‘siput, umang-umang dan belangkas’ berniaga. Umat Islam perlu   memilih budaya korporat organisasi ketam yang berasaskan kepada komitmen tinggi terhadap pekerjaan yang bermanfaat, iaitu selaras dengan kehendak agama yang inginkan setiap manusia mengeluarkan barangan dan perkhidmatan lebih dari  keperluan kegunaanya sendiri.
Tan Sri Muhammmad Ali Hashim memetik Surah AsSaf, Ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Taala amat menyukai orang berjihad pada jalanNya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka seperti satu binaan yang tersusun kukuh" untuk kita jadikan panduan.
 
Sumber : PUNB
Oleh : Tan Sri Muhammad Ali Hashim 
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 26 June 2008 )

Tuesday, August 31, 2010

PROMOSI STOK TERAKHIR

kepada pelanggan yang berminat sila dapatkannya dengan segera....kerana stok bekalan kami telah pun berkurangan..terutamanya butang bj melayu...kelewatan akan menyebabkan anda kerugian kerana harga yang ditawarkan adalah terendah daripada pasaran sedia ada...

SELAMAT HARI RAYA

kedaibanyakmurah ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...terutamanya kepada pelanggan2 kedaibanyakmurah....sila la datang ke rumah kg sy di gerik perak..segala sokongan anda sy ucapkan ribuan terima kasih...tanpa anda siaplah kami...

Saturday, August 28, 2010

POSE YOB JGN X POSE

gejala ponteng puasa masih lagi dilakukan oleh manusia walaupan mereka telah meningkat dewasa...mereka sanggup mkn meggi dgn air sejuk...haha...lawak btul...diantara kerenah di asrama smt balik pulau

Thursday, August 26, 2010

BUTANG BAJU MELAYU KRISTAL

Menjelang Hari Raya ini..kami ada menjual butang baju melayu jenis kristal..
memang cantik dan bergaya bila dipadankan dengan baju melayu...harga sangat berpatutan..Bagi sape2 yg pernah ke kompleks Bukit Jambul Pulau Pinang anda hanya boleh membeli butang yg sama jenis bersaiz 8mm dengan harga RM30....tapi dengan kami hanya RM25 termasuk kos penghantaran...jika anda menemui saya mungkin harga lebih murah boleh dimiliki..

Butang Baju Melayu Kristal
Saiz 9mm = RM30
Saiz 8mm = RM25
Pilhan Warna = Merah ,Kuning ,Putih

Termasuk Kos Penghantaran

                                                                     
                                                        Gambar 1


                                                        Gambar 2



                                                       Gambar 3